PENGENALAN SISTEM Sistem E-Benar mula digunapakai pada Julai 2005 dan telah dinaik taraf pada Ogos 2006 selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bil. 2/2006 (Perwakilan Kuasa di Bawah Seksyen 13). Sistem yang berkonsep ‘web base’ ini menguruskan proses kebenaran pindahmilik, gadaian, pindahmilik dan gadaian serta pajakan tanah. Sistem ini diaplikasikan sepenuhnya di 17 Pejabat Daerah & Tanah (PTD) di negeri Perak dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak(PTG).
|